Super Spontan Superstar 2017

Super Spontan Superstar 2017 bersiaran selama 8 minggu dipancarkan secara langsung dari Dewan Percubaan UPM, Serdang mulai 8 September 2017 (Jumaat), jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) serta siaran serentak di Warna HD (saluran 124).

Super Spontan Superstar 2017

Sebanyak 16 orang peserta yang terlibat terdiri daripada pelawak serta selebriti terkenal tanah air.

Tenggiling Taiko
  1. Achey (ketua) - 3rd
  2. Rahim
  3. Sharif Zero - 8th
  4. Danial
  5. Shahrol Shiro - 6th
  6. Mamak Puteh - 7th
  7. Sharifah Shahira
  8. Ozlynn - 4th

King Musang
  1. Shuib (ketua)
  2. Syuk Joras - 5th
  3. Atu Zero
  4. Fikry
  5. Fad Bocey - 2nd
  6. Kamal Adli - 1st Juara
  7. Amy Mastura
  8. Zulin

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Akhir

Dato’ AC Mizal sekali lagi mengalas sebagai pengacara. Amir Raja Lawak pula akan bertindak sebagai ‘Pengacara Bersama’ yang akan menanyakan pelbagai soalan panas kepada kedua-dua kumpulan untuk menghangatkan suasana permainan. Afdlin Shauki pula kekal sebagai ‘Komentator’ yang akan membuat ulasan ringkas mengenai persembahan setiap kumpulan sambil ditemani selebriti jemputan mingguan.

Daripada segi pemarkahan pula, program ini memberi kuasa mutlak kepada penonton untuk penentuan pemenang mingguan samada kumpulan ‘Tenggiling Taiko’ atau ‘King Musang’ menerusi undian sistem pesanan ringkas (SMS). Setiap minggu kumpulan yang mendapat markah tercorot harus menyingkirkan seorang peserta daripada kumpulan mereka. Berbeza untuk minggu akhir, undian akan dilakukan bukan mengikut kumpulan tetapi mengikut individu bagi penentuan juara, naib juara, pemenang tempat ketiga dan seterusnya. Talian undian secara SMS akan dibuka secara rasmi pada 8 September 2017, Jumaat pada jam 10.00 malam.

Juara ‘Super Spontan Superstar 2017’ akan membawa pulang RM100,000.00 beserta trofi. Naib juara akan meraih RM50,000.00 dan trofi manakala pemenang tempat ketiga akan memenangi RM25,000.00 dan trofi. Pemenang tempat keempat sehingga kelapan pula akan mendapat wang sagu hati bernilai RM5,000.00 setiap seorang.

Post a Comment

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar